Thursday, July 24, 2008

ciri-ciri al-Akh al-Mujahid


Sesungguhnya al-akh al-Mujahid yang berjuang dan berjihad, atau lelaki dakwah dan pendokong dakwah mestilah mempunyai:

Darjah kefahaman yang tinggi terhadap agamanya, kefahaman yang syumul, lengkap dan murni dari Kitab Allah S.W.T. dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Dia mesti mempunyai darjah keikhlasan yang besar supaya dia menjadi tentera dakwah, tentera aqidah dan fikrah; bukan tentera yang mengejar manfaat dan tujuan kebendaan semata-mata atau angkatan yang mencari kepentingan diri sendiri.

Dia mengutamakan kerja dari perkataannya. Apa yang dikatakan itulah yang dikotakan, setelah dia mengenali jalan dan mengikhlaskan niatnya kerana Allah S.W.T. semata-mata.

Dia membulatkan dirinya untuk dakwah Islam dan membebaskan dirinya dari segala prinsip yang lain dari Islam dan dari manusia yang tidak menyetujui dakwah Islam.

Lantas dia menyediakan dan mempersiapkan dirinya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T. demi meninggikan kalimahNya dengan mengorbankan segala yang mulia dan mahal dari jiwa, harta, waktu dan upaya.

al-Marhum al-Ustaz Mushtafa Masyhur - Thoriq ad-Da'wah