Wednesday, January 30, 2008

bergerakerja kembali



Sekadar memanjangkan ingatan sebahagian ikhwan pada usrah Isnin lalu di rumah akhuna Abu Nawawi : " bila lagi kita nak keluar buat kerja-kerja dakwah seperti dulu? "

Walaupun alhamdulillah program usrah mingguan terus istiqomah, mukhayyam 3 pun telah dijalankan, usrah akhawat dah bermula semula, edaran risalah juga dapat diteruskan; namun yang menjadi kerinduan ikhwan ialah 'program keluar hujung minggu'.


InsyaAllah kita fikir dan rancang bersama 'ulangan' gerakerja seperti dahulu; edaran tazkirah di hospital, dakwah masyarakat orang asli, edaran tazkirah nahi munkar di Danga Bay... atau lain-lain yang pernah kita rancang tapi belum terlaksana.

Friday, January 25, 2008

teruja...?



MAAF... saja nak membakar semangat ikhwan.

Alhamdulillah, penanaman di Kluang dah bermula. abuhabeeb sedang mencari tanah di Cahaya Baru untuk projek kita. Do'akan...

Wednesday, January 23, 2008

jom berkebun

Mohon do'a dari para ikhwan agar projek pertanian yang baru nak diceburi ini di permudahkan oleh Allah S.W.T. dan berjaya.
InsyaAllah seperti yang kita dah bincangkan, moga-moga selepas ini ada projek berikutnya untuk kita bersama. Amiin...

Tuesday, January 22, 2008

mukhayyam ukhuwwah 3


MAAF... lewat 'post'kan gambar-gambar semasa program kita di Gunung Lambak Eco-Resort pada 15 - 16 Disember tempohari.



Moga jalinan ukhuwwah semakin melebar dan tetap teguh.


Jalan dakwah juga umpama satu pendakian. Perjalanan yang terpaksa mengharungi berbagai cabaran. Memerlukan persediaan & persiapan. Dengan ikhwan bersama, kita lebih kuat & bersemangat.


Di puncaknya ialah ketenangan & kejayaan dalam redha Allah S.W.T.

( gambar-gambar ehsan dari akhi one_syukri )

Saturday, January 19, 2008

teruskan...


Ikhwanku yang dikasihi...


Ketika Allah S.W.T. menguji kita dengan perintah-perintahNya, Dia Maha Mengetahui akan kekurangan dan kelemahan kita sebagai manusia.


Kita juga harus akur dengan lemahnya iman, kurangnya ilmu, terpedaya dengan hasutan, mulai lalai dan leka, penyakit-penyakit hati yang belum dibersihkan, kekangan keluarga, hambatan keluarga dan berbagai-bagai lagi.


Bukan untuk helah dan alasan mengabaikan suruhanNya, tetapi melahirkan rasa tawadhu' merendah diri kepada Allah S.W.T. Yang Maha Tinggi dan Sempurna. Jadikanlah sebagai bahan muhasabah memperbaikinya ke arah kesempurnaan. Janganlah segala kekurangan dan kelemahan yang ada melahirkan rasa putus asa dan kecewa meneruskan islah dan dakwah.


InsyaAllah selagi nadi masih berdenyut, nafas masih mendesah dan jantung masih berdetak; ingatlah pesanan al-Marhum al-Ustaz Mustafa Masyhur dalam Jalan Dakwahnya - "PERBAIKILAH DIRIMU DAN SERULAH ORANG LAIN".

Wednesday, January 16, 2008

munajat I



Ya Allah wahai Tuhan kami,

Kami telah berjanji kepadaMu bahawa kami akan bangun melaksanakan segala tuntutan amal jama'ie. Janji itu telah kami buat di awal permulaan langkah kami di jalan dakwah ini.

Kami berjanji akan bekerja dan berusaha pada kadar kemampuan kami untuk kami menjadi para siddiqin dan memenuhi segala janji yang telah kami janjikan kepadaMu.

Kami berjanji kepadaMu untuk mengikhlaskan tujuan dan niat kami. Setiap amal, jihad dan usaha kamu untuk Islam hanyalah bertujuan mencari redhaMu, kerana wajahMu yang Maha Mulia dan untuk ganjaran baik yang telah Engkau janjikan.

Kami ikhlaskan semata-mata keranaMu tanpa mengira untung dan rugi, pengaruh, pangkat gelaran, maju atau mundur. Sucikanlah hati-hati kami ya Rabb dari segala penyakit hati yang merosakkan niat dan meruntuhkan segala amal.

Berikanlah kekuatan dan bantulah kami ya Allah untuk kami memenuhinya...

(suntingan dari Munajat Di Jalan Dakwah oleh al-Marhum as-Syeikh Mustafa Masyhur)

Sunday, January 13, 2008

jelmakan ukhuwwah



Para ikhwan yang dikasihi,

Alangkah besarnya nikmat UKHUWWAH yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita. Kesatuan fikrah perjuangan Islam telah menumbuhkan rasa kasih sayang sesama ikhwan. Iltizam atas jalan Islam dan istiqomah para ikhwan dalam usrah & program-program yang sama-sama kita laksanakan benar-benar membuahkan rasa ukhuwwah yang semakin mendalam.

Ayuh kita jelmakan ukhuwwah ini dan kita sama-sama nikmatinya...!

Saturday, January 12, 2008

ikhwan


abu 'azzam, abu nidal, khairi, abu hurairah, abu nawawi, mu'az, abu ihsan, jabir, andak, zamrud, abu siraj, aminuddin dan ramai lagi...

siapakah 'pria-pria terhebat' ini? IKHWANI FILLAH...!

meraikan HIJRAH


Bukan sekadar menanti 1 Muharram

Bukan sekadar mengingati kisah Hijrah Rasulullah s.a.w.

Bukan sekadar meraikan sambutan Ma'al Hijrah

Hijrah ar-Rasul sejarah untuk iktibar

Hijrah ar-Rasul tidak akan berulang kembali

Hijrah ar-Rasul adalah sirah dan sunnah Baginda

ayuh berhijrah meninggalkan munkar dan maksiat

ayuh berhijrah mencari al-Falah dan al-Jannah

ayuh berhijrah menuju Allah

AYUH PARA IKHWAN... KITA BERHIJRAH UNTUK MENYEMPURNAKAN JIHAD...!

Thursday, January 3, 2008

bismillah...


alhamdulillah... moga Allah memberikan taufiq, hidayah & kekuatan untuk mengisi blog ini bagi manfaat para ikhwan seusrah khususnya serta seluruh muslimin & muslimat yang berazam untuk memperjuangkan Islam.

ALLAHU AKBAR...!