Friday, February 29, 2008

kemenangan insyaAllah...


KEMENANGAN AKAN TIBA BERSAMA KESABARAN...!


"Jangan kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuh). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan (juga) sebagaimana kamu menderitainya. Sedang kamu mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan..."

(ayat 104 surah an-Nisaa')

Saturday, February 23, 2008

at-TAKAFUL


At-Takaful atau saling membantu adalah memelihara nasib sesama ikhwan sehingga tiada yang terbiar atau terdampar.

Dasar yang menjadi salah satu dari rukun usrah ini hendaklah dilaksanakan bersungguh-sungguh, menjadi tanggungjawab dan beban bersama bagi menggambarkan iman yang sebenar dan melahirkan ukhuwwah yang sejati.
Untuk merealisasikan at-Takaful ini, moga dapat kita sentiasa bertanya khabar, ziarah menziarahi dan saling memberikan pertolongan sedaya yang mungkin. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sekiranya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu adalah lebih baik baginya dari beriktikaf selama sebulan di masjidku ini".

Semoga pada setiap kali liqa' terutamanya ketika berusrah, dapat para ikhwan berkongsi masalah yang boleh ditangani bersama dan dapat pula menawarkan pertolongan kepada ikhwan yang perlukan bantuan.

Bukankan kita adalah saudara dalam sebuah keluarga...?

Mukasyafatul Qulub


Memaklumkan kepada para ikhwan pengajian kuliah maghrib terbaru abuhabeeb (tak baru juga, dah nak masuk bab ke5) :

Tempat : Masjid Jami' Taman Air Biru

Hari : Jumaat malam Sabtu (2 minggu sekali)

Masa : Selepas maghrib hingga 9.00 malam

Kitab : al-Marghub min Mukasyafatil Qulub al-Muqrib ila Hadhrati 'Allamil Ghuyub (Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali)

Kuliah akan datang insyaAllah pada 7 Mac 2008 dengan Bab Kelima: Pada Mengalahkan Nafsu Dan Memusuhi Syaitan. Bab-bab yang lalu ialah 1- Pada Menerangkan Takut 2- Pada Takut Terhadap Allah S.W.T. juga 3- Pada Sabar dan Sakit 4- Pada Riyadhah dan Nafsu Syahwat

Monday, February 18, 2008

peluang menyumbang

abuhabeeb ingin memanjangkan 2 sms yang baru diterima semalam. Para ikhwan yang memang telah biasa dan gemar berinfaq mungkin dapat menjadikannya sebagai peluang lagi untuk menyalurkan sumbangan.

Tentu ikhwan sedang bertanya-tanya bagaimana caranya memberikan sumbangan untuk memenangkan Islam? Mungkin juga ada yang mencari jalan untuk dapat memberikan sumbangan biar pun tidak diketahui orang lain dan tanpa menonjol diri. Malah mungkin ada yang memang ingin merebut keistimewaan golongan yang 'berinfaq dengan tangan kanannya tanpa diketahui tangan kirinya'. Ini peluang dan jalannya...

SMS 1 (17/02/08 11:01 am)

Salam alaikum; dimaklumkan abg mat sabu brtanding parlimen kuala terengganu. beliau perlu bantuan kewangan. dhrap sahabat handai dpt membntu beri sumbangan. semoga Allah memberkati rakan taulan. ini butiran akaun beliau. Mohamad bin Sabu maybank 162272559894. tlg sebarkan

SMS 2 (17/02/08 11:26 am)

Asslkum. Sy Dato' Dr Hasan Ali Pesuruhjaya Pas Selangor memohon jasa baik anda menghulur bantuan khas kpd PAS Sgor utk PRU ke 12. Suasana sngt baik utk melakar kmnangn. Sila salurkan ke akaun BIMB 14023010000287. Tlg sebarkn. Sbrg prtnyaan call sy terus. Tk. Wassalm.

Friday, February 15, 2008

sedikit tapi besar

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Jangan sekali-kali kamu memandang rendah sesuatu kebaikan(yang kamu lakukan) walau sekecil mana sekali pun. Sekali pun kamu bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang manis. Bersedekahlah dengan sesuatu setiap hari walaupun sedikit. Jadikan sedekah itu pada pagi-pagi hari kerana sesungguhnya bala' itu tidak akan menyusuli sedekah".

Sabda Baginda lagi, maksudnya: "Takutilah (selamatkanlah diri dari) api neraka walaupun dengan bersedekah setengah biji kurma. Jika kamu tidak dapat berbuat demikian, maka dengan perkataan yang baik".

Monday, February 11, 2008

motivasi khidmat masyarakat



ALHAMDULILLAH... Hasrat melaksanakan lagi program khidmat masyarakat telah tertunai dengan izin Allah S.W.T. pada hari semalam di Surau Nurul Iman, Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam.

Kira-kira 90 anak-anak lelaki dan perempuan pelajar Sekolah Kebangsaan telah menyertai program Motivasi Sedar Cemerlang yang bermula dari 8.30 pagi hingga 12.15 tengahari. Sebahagian para ibu bapa juga bersama memberikan sokongan yang amat dihargai.

Nurul Iman dan Nur Syuhadah, 2 puteri akhi Abu 'Azzam juga bersama - terima kasih. Terima kasih juga kepada semua ikhwan atas sokongan dan do'a, AJK surau yang menyediakan kemudahan tempat dan jamuan serta kepada komuniti perumahan pangsa Bandar Seri Alam yang memberikan kerjasama.

Kepada semua peserta dido'akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, berjasa kepada agama dan ummah serta cemerlang dunia dan akhirat.

Friday, February 8, 2008

moga tenang dalam kesabaran

Sesungguhnya kita memang adalah hambaNya... seluruh hidup kita ini adalah medan ujian untuk membuktikan kepadaNya aiyukum ahsanu 'amala.
Terlupakah kita bahawa sejak dahulu, di alam janin lagi kita semua telah melalui berbagai-bagai ujian. Sehingga dengan rahmatNya kita telah melepasinya untuk berjaya akhirnya menghuni dunia fana' ini.

Tidak ingatkah kita sejak dari dilahirkan, kemudian meniti usia pada peringkat demi peringkat kehidupan sebenarnya kita telah menghadapi banyak ujian. Ada yang mengecewakan, ada yang menyedihkan, ada yang memeritkan tubuh dan jiwa... dan bermacam-macam lagi.

Memang dalam pahit manis kehidupan yang semacam sudah terbiasa, ada kalanya juga kita diuji olehNya dengan 'ujian-ujian khas' - kesakitan, kehilangan dan berbagai-bagai keadaan yang mampu membuat kita sesak nafas seketika.

Hanya yang dapat membekalkan kesabaran untuk membenteng kegelisahan ialah iman. Ibn al-Qayyim dalam Madarij as-Salikin mengatakan: Sabar dalam keimanan seperti kepala pada jasad. Tiada iman tanpa kesabaran seperti tidak berfungsi jasad tanpa kepala.

Ya Allah... Berilah kepadaku dan kepada kami kesuburan iman yang menumbuhkan kesabaran. Jadikan aku dan kami mampu menghadapi segala ujianMu dengan ketabahan, redha & tenang dalam kesabaran...

Saturday, February 2, 2008

as-Syahid Yahya 'Ayyash

Yahya 'Abdul Latif 'Ayyash merupakan pakar pembuat bom bagi Hamas dan salah seorang pimpinan Batalion Samaria bagi Briged 'Izz al-Din al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas. Atas kebolehannya itu ia digelar sebagai al-Muhandis (The Engineer).

'Ayyash dilahirkan pada 22 Februari 1966 di Rafat, wilayah Ramallah, Palestin. Merupakan anak pertama dari tiga beradik. Merupakan seorang anak yang sangat berakhlak dan menghafaz al-Quran sejak kecil.

Ketika remaja ia meminati bidang eletrikal dan mekanikal khususnya membaiki radio dan televisyen. Setelah tamat peringkat menengah tinggi beliau memasuki Universiti Bir Ziet pada tahun 1985 dan berjaya memperolehi Bachelor of Science dalam bidang Kejuruteraan Eletrikal pada tahun 1991. Sesudah itu beliau menolak untuk melanjutkan pengajiannya di peringkat yang lebih tinggi untuk terus melibatkan diri dengan pergerakan bersenjata al-Qassam.

Kemampuannya merekacipta bahan letupan dengan bahan mudah sedia ada seperti sabun dan sebagainya telah menyemarakkan lagi Intifadhah Palestin denga tindakan pengeboman di tempat-tempat strategik Yahudi. Bagi penduduk Palestin 'Ayyash adalah idola mereka khususnya para pemuda, namun menjadi orang yang paling dikehendaki oleh regim Yahudi.

'Ayyash merupakan sasaran Shabak, iaitu perisik rahsia Israel. Pada 5 januari 1996 di Gaza, Shabak telah menggunakan tipu helah - menggunakan seorang teman 'Ayyash yang mengkhianatinya - memberikannya telefon bimbit yang berfungsi sebagai bom. Ketika 'Ayyash menggunakannya, pihak Shabak Yahudi telah meletupkannya.

Allah S.W.T. telah mengabulkan cita-citanya untuk mati syahid di jalanNya ketika hanya berusia 30 tahun. Jenazahnya telah diiringi kira-kira 500 ribu penduduk Palestin yang akan melahirkan lagi beribu-ribu 'Ayyash di masa hadapan.