Friday, March 21, 2008

berukhuwwah di kebun



Alhamdulillah pagi semalam, sebahagian ikhwan peserta projek penanaman serai bersama-sama bergotong royong di kebun. Abu 'Azzam, Suhaimi, Abu Nawawi, Mahdzir, Mohd Ata serta anak-anak Suhaimi, Abu Nawawi & Mohd Ata mengeluarkan peluh membersihkan sebahagian kawasan semak, laluan dan parit air.

Pembinaan pondok sedang diusahakan oleh sdra Nasir dan keluarganya yang juga telah diupah memasang pagar di sekeliling kebun. Terima kasih al-akh Abu 'Azzam atas kesediaan menginfaqkan pembinaan tandas.

InsyaAllah kalau setiap hujung minggu atau hari cuti bergotong royong; kawasan tengah kebun boleh jadi resort dengan fasiliti pondok, tandas, kawasan perkhemahan, tasik, taliair dsb. :) Yang nak bercucuk tanam secara sampingan, dipersilakan memanfaatkan tanah yang masih kosong.

Mukhayyam Ukhuwwah IV di kebun Usrah G-Hard sendiri kot...

kombinasi NAZRIN - NIZAR

Titah YAM Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah:
"Ramai yang ketika diberi peluang untuk memimpin kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa. Ada antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan."

"Demikian terdapat himpunan sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin yang sewajibnya dijadikan asas rujukan untuk ummah hari ini mempelajari dari kesalahan dan menjauhi dari mengulangi kesilapan yang sama."

"Memimpin adalah satu tanggungjawab yang perlu disempurnakan secara amanah."

"Sebagai pemimpin, Nabi Muhammad S.A W memiliki kelebihan, memiliki keistimewaan, mendapat panduan dan bimbingan secara langsung dari Ilahi. Panduan dan bimbingan Ilahi itu terkandung di dalam kitab suci al-Quran. Perilaku dan sabda Baginda pula terkandung dalam himpunan Hadis yang telah berjaya dikumpulkan."

Tazkirah sulung Menteri Besar Perak, YAB Ir. Nizar Jamaluddin:

"Selama ini masjid dibelenggu dengan perasaan bimbang untuk menyampaikan ilmu Islam secara terus terang, ini menyebabkan masyarakat Islam tidak mendapat maklumat yang sebenarnya."

"Para pendakwah di seluruh negeri perlu meningkatkan usaha menyebarkan ilmu Islam tanpa rasa bimbang dan takut, yang penting mereka perlu menyampaikan ilmu Islam kepada seluruh masyarakat Islam agar rakyat khususnya umat Islam memahami ajaran Islam yang sebenar."

"Mempertingkatkan lagi penyebaran ilmu menerusi masjid dan surau dan membebaskan masjid daripada kongkongan pihak tertentu agar usaha menyebarkan ilmu Islam dapat dijalankan dengan lancar dan baik."

Thursday, March 13, 2008

yakini kehebatan DO'A



Pastinya kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat Allah S.W.T. yang empunya dan yang memberikan kemenangan. Kemenangan sememangnya nikmat yang wajib disyukuri, juga amanah yang wajib ditunaikan.

Dalam mengimbau semula segala usaha yang telah digembelengkan untuk mencapai kemenangan, jangan lupa pertolongan Allah S.W.T. ini dianugerahkan sesudah kepatuhan, istiqomah, pengorbanan, dakwah dan jihad.

Ketika berkira-kira tentang kemampuan yang terhad, apatah lagi berhadapan dengan tentangan hebat dengan segala kekuatan dan penipuan; kita masih sedar bahawa kita punya Allah S.W.T. Yang Maha Kuat dan Maha Perkasa yang dapat kita munajatkan permohonan dan persembahkan do'a.

Ayuh para ikhwan! Gunakan kehebatan do'a yang telah terbukti ini sebagai senjata dan harapan yang tidak akan dikecewakan.

Friday, March 7, 2008

selamat mengundi


Kepada para ikhwan yang dikasihi,

Selamat Mengundi kerana Allah & Selamat Mengundi untuk Islam.

Niatkan undi-undi ikhwan untuk menyemarakkan ma'ruf & membanteras munkar; menegakkan yang haq dan menumbangkan kebathilan; memenangkan Islam dan menumpaskan jahiliyyah.

Moga Allah S.W.T. bersama-sama kita semua dengan taufiq, hidayah dan perlindungannya. Selamat Berjihad...! ALLAHU AKBAR...!

Wednesday, March 5, 2008

taujihat al-Imam


Wahai Mujahid Islam...!

akhirnya pelayaran ini sampai juga ke pantai
berkat jurumudi yang piawai memegang pimpinan
engkau dan umat ini harus terus berjalan kaki
menggunakan tenaga diri sendiri

tiada taulan penolong selain Dia
yang melindungi kita dari awal hingga hari ini

jalan masih panjang, rantau cita masih jauh
ufuk-ufuk baru kelihatan juga
makin dijelang tambah jauh rasanya

kafilah itu lalu dan berjalan terus
menempuh laut sahara tiada bertepi
sunnah perjalanan alam membawa kata pasti
setelah malam kelam ngeri ini
fajar pagi yang indah akan menyinsing
di atas asap yang tebal
terbentang langit cerah yang biru

gelap & gelita alam
lapisan kabus tebal & berat
di halaman langit tidak berbintang
berfikirlah sejenak dan lihatlah ke atas
ada sebutir terang mengirim sinar ke bumi

sebuah bintang itu jadilah
kerana ada pedoman kepada kafilah di tengah sahara luas
pelaut yang arif selalu mendapat alamat
dan sebutir terang di halaman langit

Tuesday, March 4, 2008

hari pertama berkebun di bukit lalang



8.15 am : Ke pekan Ulu Tiram beli 2 beg x 25 kilogram kapur pertanian.

9.30 am : Sampai di kebun. Terkejut di 'tapak parking', di depan kereta ada kepala babi hutan...! (menurut Ah Meng, lebih 20 tahun berkebun di situ dah pernah tahu ada orang memburu babi...??) Memang mencabar terutama nak pikul beg kapur turun naik bukit. Terpaksa dilakukan 2 kali sambil bawa 2 batang cangkul.

Operasi hari ini ialah membersihkan 'jerangkap-jerangkap samar' atau nama saintifiknya tahi lembu. :) Memang lagi mencabar - mencari, mencangkul, aromanya - lebih-lebih lagi kerja sorang-sorang. Tak sampai sepuluh longgok yang dibersihkan, batang cangkul pulak patah. Nasib baik ada sebatang lagi walaupun bersaiz lebih kecil.

10.30 am : Alhamdulillah... Akhi Hatta datang bawa cangkul, penyodok, pongkis & batang cangkul yang sempat diorder tadi. Bila dah berkawan makin semangat bekerja dan dapat sambil berbual-bual. Alhamdulillah cuaca pun redup sahaja selepas hujan di awal pagi.

Makin banyak 'jerangkap-jerangkap samar' yang dapat dibuang dan kapur yang dibeli tadi juga dah mula ditabur terutama di tempat-tempat bekas najis yang susah nak diuruskan. Gunanya untuk meneutralkan tanah sebelum fasa penanaman.

11.40 am : Terpaksa minta izin balik dahulu sebab nak hantar Asyraf ke sekolah dan terus nak ke kuliah zuhur di Telekom Pandan. akhi Hatta masih nak meneruskan operasinya.

12.50 pm : Call akhi Hatta, masih di kebun. Katanya akan balik menjelang zuhur. Terima kasih...

Fasa berikutnya ialah plough atau membajak tanah yang insyaAllah akan dilakukan esok atau Khamis. Kebetulan juga Encik Nik dari Rumpun Biotek akan turun ke Johor pada hari Khamis atau Jumaat ini. Peluang ini akan dimanfaatkan untuk membawanya melihat kebun dan mendapatkan khidmat nasihat sebelum order benih dan penanaman.

Monday, March 3, 2008

usaha tani


alhamdulillah... berlokasi di Kg. Bukit Lalang, Jalan, Kong Kong; hajat para ikhwan untuk bertani dikabulkan Allah S.W.T. Projek pertama di tanah seluas 6 ekar dengan penyertaan 7 ikhwan insyaAllah akan dimulakan segera. Mohon do'a dari semua agar diberikan kemudahan serta kekuatan dan usaha yang baru dijalankan ini akan berjaya.

p.s. - ada sesiapa ke nak sponsor signboard di atas? :)