Sekumpulan IKHWAN yang bersaudara atas Ukhuwwah Islamiyyah untuk tetap teguh di atas Iman, bersama menghayati & mengamalkan Islam yang syumul, bekerjasama dalam gerakerja Islam dan bertolong bantu memperjuang dan memenangkan agama Allah S.W.T.
Ya ALLAH... kurniakanlah lidah yang basah menyebut dan mengingatiMU, hati yang segar mensyukuriMU, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepadaMU. Ya ALLAH... kami memohon kepadaMU iman yang sempurna, hati yang khusyu', ilmu yang berguna, keyakinan yang benar, agama yang lurus dan keselamatan dari segala petaka. Kami memohon ya ALLAH kecukupan yang tidak sampai kami meminta orang lain. Kurniakanlah kami ya ALLAH iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar dan mengharap selain dari Engkau sendiri dan tidak akan kami menyembah selain dariMU. Kembangkanlah lembayung rahmatMU ya ALLAH kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa yang bersama kami. Janganlah ya ALLAH Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun sekelip mata atau pada kadar masa yang lebih pendek dari itu. Perkenankanlah wahai Tuhan yang sebaik-baik memperkenankan.
rabithah
Ya ALLAH... Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi perintahMU, bersatu demi memikul dakwahMU dan berjanji setia untuk menyokong syari'atMU. Maka eratkanlah ya ALLAH akan ikatan hati-hati kami ini dan kekalkanlah kemesraannya. Tunjukkanlah hati-hati ini akan jalannya yang sebenarnya dan penuhilah hati -hati ini dengan cahayaMU yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMU serta hidup suburkanlah ia dengan makrifatMU. Jika Engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah ya ALLAH pemilik-pemilik hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
No comments:
Post a Comment