Wednesday, January 16, 2008

munajat I



Ya Allah wahai Tuhan kami,

Kami telah berjanji kepadaMu bahawa kami akan bangun melaksanakan segala tuntutan amal jama'ie. Janji itu telah kami buat di awal permulaan langkah kami di jalan dakwah ini.

Kami berjanji akan bekerja dan berusaha pada kadar kemampuan kami untuk kami menjadi para siddiqin dan memenuhi segala janji yang telah kami janjikan kepadaMu.

Kami berjanji kepadaMu untuk mengikhlaskan tujuan dan niat kami. Setiap amal, jihad dan usaha kamu untuk Islam hanyalah bertujuan mencari redhaMu, kerana wajahMu yang Maha Mulia dan untuk ganjaran baik yang telah Engkau janjikan.

Kami ikhlaskan semata-mata keranaMu tanpa mengira untung dan rugi, pengaruh, pangkat gelaran, maju atau mundur. Sucikanlah hati-hati kami ya Rabb dari segala penyakit hati yang merosakkan niat dan meruntuhkan segala amal.

Berikanlah kekuatan dan bantulah kami ya Allah untuk kami memenuhinya...

(suntingan dari Munajat Di Jalan Dakwah oleh al-Marhum as-Syeikh Mustafa Masyhur)

No comments: