Saturday, February 23, 2008

at-TAKAFUL


At-Takaful atau saling membantu adalah memelihara nasib sesama ikhwan sehingga tiada yang terbiar atau terdampar.

Dasar yang menjadi salah satu dari rukun usrah ini hendaklah dilaksanakan bersungguh-sungguh, menjadi tanggungjawab dan beban bersama bagi menggambarkan iman yang sebenar dan melahirkan ukhuwwah yang sejati.
Untuk merealisasikan at-Takaful ini, moga dapat kita sentiasa bertanya khabar, ziarah menziarahi dan saling memberikan pertolongan sedaya yang mungkin. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sekiranya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu adalah lebih baik baginya dari beriktikaf selama sebulan di masjidku ini".

Semoga pada setiap kali liqa' terutamanya ketika berusrah, dapat para ikhwan berkongsi masalah yang boleh ditangani bersama dan dapat pula menawarkan pertolongan kepada ikhwan yang perlukan bantuan.

Bukankan kita adalah saudara dalam sebuah keluarga...?

No comments: