Tuesday, March 4, 2008

hari pertama berkebun di bukit lalang



8.15 am : Ke pekan Ulu Tiram beli 2 beg x 25 kilogram kapur pertanian.

9.30 am : Sampai di kebun. Terkejut di 'tapak parking', di depan kereta ada kepala babi hutan...! (menurut Ah Meng, lebih 20 tahun berkebun di situ dah pernah tahu ada orang memburu babi...??) Memang mencabar terutama nak pikul beg kapur turun naik bukit. Terpaksa dilakukan 2 kali sambil bawa 2 batang cangkul.

Operasi hari ini ialah membersihkan 'jerangkap-jerangkap samar' atau nama saintifiknya tahi lembu. :) Memang lagi mencabar - mencari, mencangkul, aromanya - lebih-lebih lagi kerja sorang-sorang. Tak sampai sepuluh longgok yang dibersihkan, batang cangkul pulak patah. Nasib baik ada sebatang lagi walaupun bersaiz lebih kecil.

10.30 am : Alhamdulillah... Akhi Hatta datang bawa cangkul, penyodok, pongkis & batang cangkul yang sempat diorder tadi. Bila dah berkawan makin semangat bekerja dan dapat sambil berbual-bual. Alhamdulillah cuaca pun redup sahaja selepas hujan di awal pagi.

Makin banyak 'jerangkap-jerangkap samar' yang dapat dibuang dan kapur yang dibeli tadi juga dah mula ditabur terutama di tempat-tempat bekas najis yang susah nak diuruskan. Gunanya untuk meneutralkan tanah sebelum fasa penanaman.

11.40 am : Terpaksa minta izin balik dahulu sebab nak hantar Asyraf ke sekolah dan terus nak ke kuliah zuhur di Telekom Pandan. akhi Hatta masih nak meneruskan operasinya.

12.50 pm : Call akhi Hatta, masih di kebun. Katanya akan balik menjelang zuhur. Terima kasih...

Fasa berikutnya ialah plough atau membajak tanah yang insyaAllah akan dilakukan esok atau Khamis. Kebetulan juga Encik Nik dari Rumpun Biotek akan turun ke Johor pada hari Khamis atau Jumaat ini. Peluang ini akan dimanfaatkan untuk membawanya melihat kebun dan mendapatkan khidmat nasihat sebelum order benih dan penanaman.

No comments: