Friday, March 21, 2008

kombinasi NAZRIN - NIZAR

Titah YAM Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah:
"Ramai yang ketika diberi peluang untuk memimpin kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa. Ada antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan."

"Demikian terdapat himpunan sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin yang sewajibnya dijadikan asas rujukan untuk ummah hari ini mempelajari dari kesalahan dan menjauhi dari mengulangi kesilapan yang sama."

"Memimpin adalah satu tanggungjawab yang perlu disempurnakan secara amanah."

"Sebagai pemimpin, Nabi Muhammad S.A W memiliki kelebihan, memiliki keistimewaan, mendapat panduan dan bimbingan secara langsung dari Ilahi. Panduan dan bimbingan Ilahi itu terkandung di dalam kitab suci al-Quran. Perilaku dan sabda Baginda pula terkandung dalam himpunan Hadis yang telah berjaya dikumpulkan."

Tazkirah sulung Menteri Besar Perak, YAB Ir. Nizar Jamaluddin:

"Selama ini masjid dibelenggu dengan perasaan bimbang untuk menyampaikan ilmu Islam secara terus terang, ini menyebabkan masyarakat Islam tidak mendapat maklumat yang sebenarnya."

"Para pendakwah di seluruh negeri perlu meningkatkan usaha menyebarkan ilmu Islam tanpa rasa bimbang dan takut, yang penting mereka perlu menyampaikan ilmu Islam kepada seluruh masyarakat Islam agar rakyat khususnya umat Islam memahami ajaran Islam yang sebenar."

"Mempertingkatkan lagi penyebaran ilmu menerusi masjid dan surau dan membebaskan masjid daripada kongkongan pihak tertentu agar usaha menyebarkan ilmu Islam dapat dijalankan dengan lancar dan baik."

No comments: